KUALA LUMPUR - Tiga individu yang disyaki penganjur dan peserta perhimpunan ‘kerajaan gagal’, yang diadakan di padang Dataran Merdeka di sini, semalam, telah dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan, hari ini.
Mereka adalah Pegawai Program Bersih 2.0, Asraf Sharafi; Senior Koordinator SUARAM, Mohammad Alshatri dan pemuisi,Taufiq Azhar atau lebih dikenali sebagai Tulangkata.
Menerusi ciapan di twitternya semalam, Asraf mengesahkan mengenai perkenaan dan memaklumkan akan disiasat kerana himpunan berkenaan.
``Esok, aku, @matshatry dan @tul4ng akan disiasat kerana himpunan petang tadi. Kita tak bermusuh dengan mana-mana pihak. Kita cuma gemakan suara rakyat mengikut peruntukan perlembagaan dan sedar kewajiban patuhi SOP spt penjarakan sosial serta pelitup muka berlapis,'' katanya.
Esok, aku, @matshatry dan @tul4ng akan disiasat kerana himpunan petang tadi. Kita tak bermusuh dengan mana-mana pihak. Kita cuma gemakan suara rakyat mengikut peruntukan perlembagaan dan sedar kewajiban patuhi SOP spt penjarakan sosial serta pelitup muka berlapis. #Lawan
— Asraf Sharafi🏴 (@SharafiAsraf) July 17, 2021
Sementara Taifiq pula, menerusi ciapan di twitter @tul4ng turut memaklumkan beliau sedang bersiap-siap pagi ini untuk ke Balai Polis Dang Wangi.
Selamat pagi!
— tulangkata 🇵🇸 (@tul4ng) July 17, 2021
Siap-siap untuk ke Dang Wangi.
Maaf tak sempat update. Trip kedua #SindiketSoldaduPublicService telah dijalankan khamis lepas di PPR Impian Baiduri, PJ untuk 25 keluarga terjejas. Terima kasih Pak Dollah memudahkan urusan! Ada rezeki lebih kami datang lagi. 🏳 pic.twitter.com/ttKmvEPTpA
Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wang ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, seramai 20 individu dikesan berkumpul di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera hitam dan sepanduk, kira-kira 2.55 petang.
Jelasnya, tindakan kompaun akan dikenakan kerana kesalahan pelanggaran Perkara 10 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, iaitu larangan berhimpun.
“Kumpulan ini diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat.
“Mereka telah bersurai dan beredar sepenuhnya pada 3.10 petang,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

