Covid-19 rekod 9,180 kes tertinggi sejak pandemik, Selangor kekal lebih 4,000

9 Jul 2021 • 3:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 JULAI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 kian melonjak dengan 9,180 kes hari ini, tertinggi sejak pandemik mengatasi 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Data di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan jumlah kes di Selangor juga meningkat kepada 4,400 kes berbanding 4,152 semalam.

Sementara itu, Kuala Lumpur kekal kes empat angka iaitu 1,271 diikuti Negeri Sembilan menghampiri 1,000 kes iaitu 899.

Berdasarkan angka itu, jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini ialah 817,838 kes

Pecahan kes Covid-19 negeri/wilayah lain:
Sarawak – 406
Kedah – 417
Johor – 315
Sabah – 323
Perak – 241
Melaka – 222
Pahang – 214
Kelantan – 151
Pulau Pinang – 142
Terengganu – 82
WP Labuan – 80
WP Putrajaya – 16
Perlis – 1

image is not available

The post Covid-19 rekod 9,180 kes tertinggi sejak pandemik, Selangor kekal lebih 4,000 appeared first on Selangorkini.