SKMM : Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gimik Jualan Murah Di Internet

TechnologyDigital
24 Jul 2021 • 6:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang ditawarkan di arena interet.

SKMM turut menekankan yang mana produk yang dijual dari laman sesawang atau aplikasi yang tidak berdaftar di dalam negara, tidak tertakluk kepada akta di Malaysia.

image is not available

Disamping itu, tanpa menyatakan sebarang platform, SKMM menekankan yang mana terdapat kecenderungan dimana sesetengah produk yang dipromosikan di sesuatu platform menyerupai produk berjenama, selain mana pengguna akan menghadapi masalah dalam mendapatkan hak pengguna mereka jika produk yang dibeli melalui gimik jualan gagal memenuhi jangkaan pengguna.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SKMM menyarankan beberapa perkara, termasuk antaranya adalah:

  • lebih bijak menilai jualan dan promosi yang dijalankan (sekiranya promosi berkenaan terlalu murah untuk dipercayai)
  • berwaspada dengan promosi yang dijalankan
  • teliti syarat-syarat perkhidmatan
  • ketahui polisi berkaitan pembayaran balik da pampasan yang ditetapkan penyedia platform