Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas boleh walk-in atau datang terus ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang mulai hari ini, bagi mendapatkan suntikan.
Kaedah berkenaan khusus untuk golongan warga emas yang masih belum menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 dan mereka akan dibenarkan masuk ke PPV menggunakan laluan khas yang disediakan.
Petugas di PPV akan mendaftarkan warga emas berkenaan secara manual jika mereka belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau di laman sesawang rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jurufoto Getaran, Sadiq Asyraf membuat tinjauan di dua PPV iaitu di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan Sunway Pyramid Convention Cente, hari ini, bagi melihat perkembangan hari pertama pelaksanaan kaedah berkenaan.






