Hospital Sungai Buloh nafi caj jenazah cecah RM9,000

22 Jul 2021 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan terlibat dalam mengenakan caj kepada waris jenazah pesakit Covid-19 sehingga mencecah RM9,000.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, pihaknya hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.

"Semua waris perlu berurusan dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Hospital Sungai Buloh Selangor di sini pada malam Rabu.

Sebelum ini, tular satu visual suara dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah sehingga RM9,000.