Covid-19: Kes baharu terus meningkat, Selangor lebih 4,000

10 Jul 2021 • 3:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat hari ini dengan 9,353 kes, mengatasi rekod tertinggi dicatat semalam iaitu 9,180 kes.

Selangor pula mencatat 4,277 kes, sedikit turun berbanding rekod tertinggi yang dicatat semalam iaitu 4,400 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook:

Selangor – 4,277
Kuala Lumpur – 1,398
Melaka – 835
Negeri Sembilan – 638
Johor – 399
Kedah – 364
Sarawak – 352
Sabah – 251
Pahang – 247
Pulau Pinang – 180
Perak – 145
Kelantan – 89
Labuan – 85
Terengganu – 50
Putrajaya – 39
Perlis – 4

image is not available

 

 

The post Covid-19: Kes baharu terus meningkat, Selangor lebih 4,000 appeared first on Selangorkini.