Cara untuk tetapkan semula kata laluan MySejahtera

Digital
13 Jul 2021 • 3:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Di mana anda boleh tukar kata laluan MySejahtera? Berikut adalah caranya.

Kalau terlupa kata laluan

Mungkin anda bertukar ke telefon baharu dan terlupa kata laluan, anda boleh ikuti prosedur berikut. Di halaman log masuk MySejahtera, akan ada pilihan Forgot Password?, anda boleh tekannya.

image is not available

Kemudian anda akan dibawa ke halaman Reset password. Gunakan pengenalan ID yang anda guna sewaktu pendaftaran, sama ada nombor telefon ataupun ID Pengguna.

Kalau anda gunakan nombor telefon, satu SMS yang mengandungi URL ke halaman penetapan semula kata laluan akan dihantar. Jika anda gunakan ID Pengguna pula, satu e-mail akan dihantar.

image is not available

Buka URL dan masukkan saja kata laluan baharu sebelum anda tekan Reset Password.

Cara tukar kata laluan

Sekiranya anda masih ingat kata laluan akaun MySejahtera dan ingin menukarkannya kepada yang lebih selamat, ia boleh terus dilakukan melalui aplikasi itu.

image is not available

Di bahagian muka depan APP, tekan Profile. Kemudian cari butang garis tiga di bahagian penjuru kanan atas dan cari butang Change my Password.

image is not available

Masukkan kata laluan lama diikuti dengan kata laluan baru sebanyak dua kali sebelum tekan butang Change my Password untuk sudahkan proses.

The post Cara untuk tetapkan semula kata laluan MySejahtera appeared first on SoyaCincau.com.