EXCO junjung titah Sultan pastikan negeri bebas rasuah

30 Jul 2021 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 30 JULAI: Kerajaan Selangor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya penjawat awam negeri ini memelihara integriti dan bebas rasuah.

EXCO pembangunan generasi muda berkata peringatan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perlu diambil berat demi menjaga imej Kerajaan Negeri secara keseluruhan.

“Kerajaan Negeri bawah jawatankuasa tetap pembangunan generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan beriltizam sama demi menjaga integriti dan nama baik Kerajaan Negeri sekali gus tidak menjejaskan perancangan memajukan negeri kita yang tercinta.

“Prinsip kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan,” kata Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat setiap kes dengan adil dan saksama selaras prinsip kedaulatan undang-undang.

Pada 28 Julai, Sultan Selangor memberi amaran akan menarik semula darjah, bintang kebesaran dan pingat yang diberi kepada pegawai atau ahli politik negeri itu jika didapati terlibat rasuah.

Baginda bertitah tindakan tegas perlu dikenakan kerana perbuatan rasuah boleh mencemar nama baik seluruh pegawai Kerajaan Negeri.

The post EXCO junjung titah Sultan pastikan negeri bebas rasuah appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved