iQOO Beri Bayangan Kehadiran iQOO Neo5 Untuk Pasaran Malaysia?

TechnologyDigital
8 Jul 2021 • 8:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami di Amanz sebelum ini pernah melaporkan mengenai jenama iQOO yang dilihat cuba mengorak langkah memasuki pasaran Malaysia. Mereka juga telah membuka akaun Facebook rasmi termasuklah beberapa Facebook Groups dibawahnya. Pada masa sama, mereka juga dilihat begitu aktif mengacah mengenai ciri-ciri menarik yang terdapat pada peranti keluarannya menerusi beberapa perkongsian berbentuk gambar.

image is not available

Bagaimanapun, yang menjadi misteri dan tanda tanya sehingga ke hari ini – apakah jenis model peranti pintar yang bakal ditawarkan? Kemaskini baharu iQOO seolah-olah menjawab persoalan yang timbul. Di mana, gambar yang dimuat-naik jelas memaparkan rekaan untuk modul kamera yang terdapat pada model iQOO Neo5. Jelas kelihatan, rekaan fizikal yang dipaparakan juga mirip sahaja dengan peranti berkenaan – baik dari susunan lensa kamera mahupun kemasan di belakang.

image is not available
iQOO Neo5 Yang Dilancarkan Di China

Ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa model berkenaan besar kemungkinan bakal ditawarkan di Malaysia. Menguatkan lagi spekulasi ini apabila peranti berkenaan dilihat akan mempunyai sokongan kamera utama 48-Megapixel dengan sensor daripada Sony iaitu IMX598. Ini juga adalah spesifikasi yang sama kita boleh temui pada iQOO Neo5.

Namun begitu, ia masih diperingkat spekulasi awal semata-mata. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak iQOO Malaysia sendiri berhubung perkara ini.

Sumber : iQOO Malaysia