Apple iPhone 13 Mungkin Menyokong Pengecas 25W

TechnologyDigital
24 Jul 2021 • 5:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPhone di pasaran menyokong pengecasan sehingga 22W sekarang menerusi pengecas yang dibeli secara berasingan.Walaupun 22W adalah pantas mengikut standard Apple, ia jauh lebih perlahan jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh pengeluar Android. Tetapi bagi peminat iPhone, tahun ini peranti mungkin menyokong pengecas yang lebih pantas.

image is not available

Menurut MyDrivers, iPhone 13 (jika ini nama yang digunakan kelak) akan menyokong pengecas 25W yang lebih pantas. Pengecas lebih pantas digunakan kerana tahun ini kapasiti bateri iPhone adalah lebih besar berbanding tahun lalu.Bagi mengekalkan masa pengecasan yang sama pada kesemua model, pengecas yang lebih pantas adalah diperlukan. Petanda yang lebih ketara ialah Apple tidak lagi menjual pengecas 18W di stor atas talian mereka.