EXCO: Bayaran RM1,000 kepada pesakit Covid-19 insentif tahun lalu

1 Jul 2021 • 10:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 JULAI: Pemberian RM1,000 oleh Kerajaan Selangor untuk pesakit atau waris pesakit Covid-19 yang tular di Facebook dan Whatsapp adalah insentif tahun lalu.

EXCO kesihatan awam berkata artikel berkaitan bantuan itu kembali disebarkan dan mengesahkan insentif yang dilaksana menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin sudah ditutup pada 31 Disember 2020.

“Bagi tahun 2021 pula, Kerajaan Negeri umumkan Pakej Kita Selangor pada 9 Jun 2021 yang memuatkan pelbagai inisiatif dan insentif terbaru dengan mengambil kira situasi negeri terkini.

“Antara yang diumumkan ialah bantuan kewangan untuk keluarga atau waris pesakit covid yang meninggal dunia atau khairat kematian sebanyak RM1,000,” kata Dr Siti Mariah Mahmud menerusi Facebook.

Beliau menambah permohonan dan pembayaran untuk bantuan kewangan tersebut akan diuruskan oleh Selcare dan akan diumumkan perinciannya dalam tempoh terdekat.

Pakej Kita Selangor 2.0 memperuntukkan bantuan khairat kematian RM1,000 kepada waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di negeri ini sebagai tanda simpati kepada keluarga mangsa.

image is not available

The post EXCO: Bayaran RM1,000 kepada pesakit Covid-19 insentif tahun lalu appeared first on Selangorkini.