Tencent Turut Dilaporkan Memohon Lesen Bank Digital Di Malaysia

TechnologyDigital
3 Jul 2021 • 8:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tencent sedia terkenal dengan penawaran WeChat Pay di China. Terbaru, menurut laporan Reuters, Tencent merupakan salah satu firma yang turut membida untuk mendapatkan lesen bank digital di Malaysia melalui sebuah konsortium khas.

Sebelum ini, ia sedia diketahui yang mana sejumlah pihak berminat dan menghantar permohonan mereka tersendiri, termasuk antaranya Shopee, YTL, Genting, Axiata, BigPay, Petronas, Grab dan sebagainya.

Tencent turut dilihat tidak ingin ketinggalan, dan turut ingin menawarkan khidmat kewangan mereka untuk 32 juta penduduk di Malaysia.

image is not available

Melalui bank digital kelak, sejumlah perkhidmatan dijangka akan ditawarkan, termasuk simpanan kewangan, pinjaman, dan sebagainya. Dengan ramai yang menggunakan telefon pintar untuk kegunaan harian, arena bank digital dijangka akan terus popular dalam tahun-tahun akan datang.

Bank Negara Malaysia sedia mengatakan telah menerima sekitar 29 permohonan, dan akan mengeluarkan lima lesen perbankan digital pada 2022 kelak.