Amazon Mengambil-Alih Pasukan Internet Satelit Facebook

TechnologyDigital
14 Jul 2021 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon sedia bereksperimen dengan pembangunan pancaran internet melalui satelit sejak beberapa tahun lepas. Dinamakan Project Kuiper, Amazon sedia mengumumkan sebelum ini, dimana ujian awal memperlihatkan capaian kelajuan internet mencapai 400Mbps melaluinya.

Amazon mengatakan langkah ini adalah salah satu usaha mereka dalam memperluaskan penawaran akses internet berkelajuan tinggi ke kawasan pedalaman.

image is not available

Terbaru, dalam terus mengukuhkan pasukan disebaliknya, Amazon dilaporkan mengambil-alih pasukan yang membangunkan teknologi pancaran internet melalui satelit dibawah Facebook.

Facebook sebelum ini telah memulakan usaha berkenaan pada 2018 yang lepas, dalam mencapai visi sama – iaitu pancaran internet ke kawasan pedalaman.

Facebook dilihat telah menamatkan usaha mereka membangunkan teknologi ini, dan kini pasukan disebaliknya telah diambil-alih oleh Amazon. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.