Oppo A16 Akan Menggunakan Cip MediaTek Helio G35

TechnologyDigital
12 Jul 2021 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A16 merupakan kesinambungan daripada model Oppo A15 yang telah dilancarkan tahun lalu. Kalau sebelum ini, tular di media sosial beberapa imej pengolokan yang menunjukkan rekaan padanya. Melaluinya jelas menunjukkan, ia akan mempunyai modul kamera berbentuk segi empat lengkap dengan sokongan tri-kamera di belakang.

image is not available
Oppo A16

Dalam pada itu, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa peranti pintar ini dipercayai hadir dengan cip MediaTek Helio G35. Spekulasi itu seakan benar apabila terdapatnya beberapa imej terkini yang dikongsi oleh Evan Blass menunjukkan spesifikasi utama pada peranti. Gambar yang dikongsi jelas menunjukkan Oppo A16 akan dijana oleh cip berkenaan. Tidak seperti pendahulunya yang dibekalkan cip MediaTek Helio P35.

image is not available
Cip MediaTek Helio G35

image is not available
Bateri sebesar 5,000mAh

Seterusnya, kapasiti bateri tertiris menunjukkan peningkatan berbanding model tahun lalu. Di mana, bateri sebesar 5,000mAh digunakan padanya dan peningkatan adalah sekitar 770mAh berbanding bateri 4,230mAh yang digunakan pada model tahun lalu. Di samping itu, Oppo A16 juga akan mempunyai sebanyak 3 kemasan warna berbeza seperti hitam, biru dan jingga. Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti.

Sumber : Evan Blass