Honor Mengacah Pengenalan Tablet Baharu – Honor V7 Pro

TechnologyDigital
26 Jul 2021 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah menjadualkan sebuah acara khas yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos 2021. Melaluinya, Honor mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan siri Honor Magic 3. Bagaimanapun, ia nampaknya berkemungkinan besar tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Malah, mereka turut dijangka bakal memperkenalkan pilihan tablet baharu.

image is not available

Dikenali sebagai Honor V7 Pro, penampilannya telah mula diperlihatkan menerusi video promosi rasmi. Ia menunjukkan, panel belakang tablet akan mempunyai kemasan seakan kulit berwarna biru. Seterusnya, ia juga menampilkan bingkai tepi rata bersama penjenaaan Honor di bahagian tengah pada panel belakang tablet. Turut kelihatan, adanya modul kamera di belakang yang cukup besar bagi menempatkan lebih daripada satu sensor.

image is not available

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, Honor V7 Pro didakwa akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 1300T. Cip ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh MediaTek, tetapi ura-ura mengatakan ia berkemungkinan besar didedahkan pada hari ini. Ia berikutan tularnya beberapa dokumen bertarikh 26 Julai 2021. Dokumen berkenaan turut mendedahkan cip tersebut akan dihasilkan menggunakan teknologi 6nm. Seterusnya, Honor akan mempunyai akses eksklusif selama enam bulan untuk cip berkenaan.

Sumber : Gsmarena, HiHonor Community