Seorang Lelaki Warga Bangladesh Tertimbus Dalam Runtuhan Pembinaan LRT 3 Di Klang

29 Jul 2021 • 4:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

SHAH ALAM - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam insiden runtuhan perencah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) di Bandar  Bukit Tinggi, Klang. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pada 2.41 petang dan sampai di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut pada 4.20 petang. 

image is not available
Kelihatan pekerja binaan berkumpul di tapak kejadian perencah pembinaan runtuh di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Selain itu turut cedera ringan adalah tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia dan kesemua mangsa adalah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Norazam berkata operasi itu membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Pengarah Operasi Negeri dan pegawai dari bahagian operasi negeri kini berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama