Ziarah Pak Lah Dan Langgar SOP, Annuar Musa Dikompaun RM2,000

LocalPolitics
12 Jul 2021 • 3:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun sebanyak RM2,000 selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melawat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat beliau memaklumkan, menteri itu telah menerima kompaun terbabit dan akan menjelaskannya pada kadar segera.

Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini mengakui mengunjungi bekas Perdana Menteri itu di kediamannya, Bait Badawi pada 10 Julai lalu.

Tindakan beliau mengundang reaksi negatif netizen di media sosial kerana jelas menyalahi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang dikuatkuasakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan polis telah mengeluarkan kompaun berkenaan.

“Tindakan beliau (mengunjungi Abdullah) menyalahi Perkara 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021(PPN),” katanya. - Getaran, 12 Julai 2021