Lelaki Cuba Beberapa Servis Lukis Potret Serendah RM 0.50 Sen Di Shopee, Hasilnya Buat Ramai Berdekah

25 Aug 2021 • 8:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan semakin hari semakin ramai individu yang tampil kreatif dalam menawarkan bisnes mereka secara online.

Jika dahulu kebanyakan peniaga lebih memilih menjual barangan atau produk fizikal di di di laman e-dagang sepeti Shopee, namun kini lahir beberapa peniaga yang tampil menawarkan servis perkhidmatan di sana.

Antara servis yang pernah tular dan mencuri tumpuan orang ramai pastinya peniaga yang menjual kata-kata semangat di Shopee dengan kos serendah RM0.20 sekitar awal Julai lalu.

Baca artikel berkaitan : “Kreatif Betul!” – Jual Kata-Kata Semangat Di Shopee Sampai ‘Sold Out’, Seller Ini Raih Perhatian Ramai

Terbaru, seorang influencer Fazley Jalal pula mencuri tumpuan orang ramai apabila dia berkongsi pengalamanya mencuba nasib menggunakan beberapa servis seorang peniaga yang menawarkan servis melukis potret menerusi laman e-dagang tersebut.

Hanya memakan modal rendah antaranya dari RM0,50 sen ,RM 1, RM2 danmemberikan foto rujukan, hasil potret tersebut nyata membuatkan orang ramai terhibur.

Gambar rujukan

image is not available

Hasilnya :

Modal RM 2

image is not available

Modal RM0.50 sen

image is not available

Lukisan berharga RM0.50 dari seller no 2

Kos Lukisan RM 1

image is not available

Lukisan dari seller ke 3 dengan harga RM 1. Versi teringat kenapa masih single walaupun hensem.


RM 6

image is not available

Lukisan berharga RM6 dari seller ke-4

Menarik bukan? Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian para netizen yang terhibur dengan kualiti yang dihasilkan peniaga-peniaga merangkap pelukis tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapt 16 ribu tanda suka , 6,100 ulang ciap dan 697 komen.

“Kreatif Betul!” – Jual Kata-Kata Semangat Di Shopee Sampai ‘Sold Out’, Seller Ini Raih Perhatian Ramai