TnG eWallet GO+ kini patuh syariah, pulangan kekal sekitar 1.40% P.A

Business & Finance
16 Aug 2021 • 11:34 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

TnG Digital telah mengemas kini penawaran produk pelaburan GO+ mereka. Sewaktu mula-mula diperkenalkan, sekitar Mac 2021, TnG memaklumkan yang produk ini tidak patuh Syariah tetapi sekarang kini ya.

Perkara ini dipamerkan pada laman FAQ yang sudah diperbaharui pihak mereka.

image is not available
Sebelum

image is not available
Selepas

Produk pelaburan tempat Go+ menghamburkan pelaburan anda turut mengatakan perkara yang sama. Principal Asset Management Berhad adalah pihak yang mengelolakan perlaburan anda dan ia dilaburkan dalam Principal e-Cash Fund (Class A).

Menurut helaian spesifikasi produk, Principal e-Cash Fund (Class A) menggunakan khidmat Amanie Advisors Sdn Bhd sebagai penasihat syariahnya.

Daripada segi pulangan, kalau pelabur yang katakana apabila patuh Syariah, pulangan akan berkurang, teori anda kurang tepat kerana pulangan untuk tahun ini masih berlegar sekitar 1.40% P.A ataupun sekitar RM0.00001068/hari untuk setiap ringgit yang dilaburkan.

image is not available
Sumber

The post TnG eWallet GO+ kini patuh syariah, pulangan kekal sekitar 1.40% P.A appeared first on SoyaCincau.com.