Kes baharu menurun kepada 17,672, Selangor paras 4,000

23 Aug 2021 • 2:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 seluruh negara terus menurun kepada 17,672 hari ini, maklum ketua pengarah kesihatan.

Semalam Malaysia mencatat 19,807 kes baharu manakala pada Sabtu 22,262 kes.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor mencatat kes bawah 5,000 dengan 4,316 kes, menurun berbanding 5,379 kes semalam.

Mengikut perkongsian itu lagi, Sabah mencatat kes harian kedua tertinggi dengan 2,474 kes, diikuti Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Selain itu, Perak mencatat 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

 

image is not available

 

 

 

The post Kes baharu menurun kepada 17,672, Selangor paras 4,000 appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved