Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD Dilancarkan Dengan Skrin 16″ dan 14″ Pada Harga Bermula RM3429

TechnologyDigital
5 Aug 2021 • 7:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD dilancarkan di Malaysia minggu ini dalam pilihan skrin 16″ dan 14″. Komputer riba ini menyasarkan golongan pelajar institut pengajian tinggi yang memerlukan komputer riba yang lebih berkuasa berbanding komputer riba kelas asas.

image is not available

Dari segi spesifikasi Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD (16″) dilengkapi skrin 16″ dengan resolusi sehingga WQXGA 120Hz, dijana cip AMD Ryzen 7 5800H, GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB SSD NVMe M2 dan bateri 75Wh.

Terdapat sistem nyahkunci menggunakan pengecaman wajah, kamera infra merah, pembaca kad 4 dalam 1, papan kekunci berlampu dan sistem audio Dolby Atmos. Pilihan I/O pula adalah port USB-C, USB 3.2, HDMI dan bicu audio 3.5mm.

image is not available

Dari segi spesifikasi Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD (14″) dilengkapi skrin 14″ dengan resolusi sehingga WQXGA 60Hz, dijana cip AMD Ryzen 7 5800U, GPU NVIDIA GeForce MX450, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB SSD NVMe M2 dan bateri 56.5Wh.

Terdapat sistem nyahkunci menggunakan pengecaman wajah, kamera infra merah, pembaca kad 4 dalam 1, papan kekunci berlampu dan sistem audio Dolby Atmos. Pilihan I/O pula adalah port USB-C, USB 3.2, HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD 16 dijual pada harga bermula RM4,899 dan Lenovo IdeaPad Slim 5 Pro AMD pula pada harga bermula RM3,429.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved