Farah Dedah Video Mirip Pelawak Tidak Berbaju Atas Katil

Entertainment
1 Aug 2021 • 9:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Baru sahaja mahu reda tapi kontroversi melibatkan pelawak terkenal kembali menarik perhatian netizen. Ini selepas wanita yang dikatakan kekasih gelap telah kongsikan satu video yang tidak sepatutnya.

image is not available
ARTIKEL BERKAITAN "Kena Tahu Dia Betul Izin Atau Macam Mana, Kena Tahu Konteks" - Shuk Sahar Respon Isteri Setuju Bermadu

Sebelum membuat pendedahan terbabit, kekasih gelap yang dikenali sebagai Farah turut menyatakan yang dia akan kongsikan video berkenaan dalam masa 1 jam selepas mendakwa ada orang tidak mahu membayar duitnya yang dipinjam.

image is not available

Tidak lama kemudian, Farah telah memuat naik 2 video yang menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju di atas katil yang berdurasi hanya 2 saat.

Farah turut menyatakan sebab dia melakukan pendedahan ini sebagai balasan kepada lelaki berkenaan atas segala pengkhianatan, fitnah dan hutang.

image is not available

Video itu bagaimanapun telah diturunkan Farah selepas mendapat nasihat dari orang ramai.

image is not available

Tidak berakhir di sini, isteri kepada pelawak yang pernah dikaitkan dengan Farah turut mengucapkan rasa syukurnya setelah Farah sendiri telah mengaku dan menyebarkan aibnya.

Dia turut mempercayai video yang didedahkan Farah adalah video lama. Dia turut merasakan inilah mengapa suaminya terus bertahan kerana telah diugut untuk menyebarkan bukti.

image is not available

Kami tidak mahu kongsikan video yang telah didedahkan Farah. Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang penjelasan terperinci daripada mana-mana pihak. Kami percaya isu ini dapat diselesaikan dengan bijak dan bersamalah kita doakan yang terbaik buat mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Farah Dedah Video Mirip Pelawak Tidak Berbaju Atas Katil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.