Afghanistan Bergolak, AS Tetap Berundur

17 Aug 2021 • 1:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Afghanistan terus bergolak apabila Taliban menguasai sebahagian wilayah di negara berkenaan. - Gambar AFP

Selepas menguasai sebahagian besar wilayah Afghanistan, Taliban mula memasuki Kabul ketika Amerika Syarikat mengerahkan pasukan tenteranya untuk memindahkan ribuan orang, termasuk kakitangan kedutaan.

Sementara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengakui kejatuhan pemerintahan Afghanistan dan penguasaan Taliban berlaku lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Bagaimanapun pemerintahan Amerika Syarikat menegaskan pengunduran tentera AS sejak 20 tahun lalu adalah keputusan yang tepat dan enggan menarik balik keputusan untuk mengakhiri misi tentera di negara berkenaan. - CNN

Afghanistan Terus Bergolak, Penduduk Mula Melarikan Diri #GetaranMY

Afghanistan Terus Bergolak, Penduduk Mula Melarikan Diri. Pihak Taliban di ambang kemenangan di Afghanistan, dengan para pejuangnya diarahkan untuk menunggu di pinggiran ibu negara dan kerajaan mengaku yang ia sedang bersedia untuk perpindahan kuasa. #GetaranMY | #Global | #Semasa | #Afghanistan | #Taliban

Posted by Getaran on Monday, August 16, 2021