Kesatuan Eropah Ingin Menyeragamkan Penggunaan USB-C Pada Telefon Pintar Dan Peranti Elektronik

TechnologyDigital
15 Aug 2021 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Eropah (EU) akan menggubal undang-undang untuk menyeragamkan kepala pegecas telefon pintar dan peranti elektronik di 27 negara ahli. Penggubalan ini dilakukan selepas tahun lalu ahli-ahli EU telah mengundi 582-40 untuk mengesahkan proses penyeragaman tersebut. Sekiranya undang-undang dikuatkuasakan, pengeluar yang ingin memasarkan peranti di EU perlu menggunakan port USB-C.

image is not available

Usaha penyeragaman kepada pengecas telah tertangguh sejak 2018 kerana kegagalan mendapatkan kata sepakat kepala pengecas yang ingin digunakan. Apple antara yang menentang kerana menurut mereka ia akan menyekat inovasi. Ini mungkin penyebab mengapa mereka membangunkan pengecas nirwayar MagSafe dan telah menghasilkan prototaip iPhone tanpa port pengecas fizikal.

Sumber Euractiv

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved