Adakah Realme Bakal Hadir Dengan Siri Peranti Baharu – Realme Note?

TechnologyDigital
30 Aug 2021 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme pada hari ini sedia menjadi antara jenama telefon pintar yang berkembang pesat, dengan pelbagai penawaran mereka.

Selain siri utama Realme, mereka juga turut mempunyai siri dibawah keluarga Realme C, Realme Narzo, Realme GT, da beberapa yang lain.

image is not available

Terbaru, desas-desus hadir Realme turut akan memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Realme Note. Info terbaru ini hadir daripada penyenaraian peranti Realme terbaru – memperlihatkan nama Realme Note 9 Prime dan juga Realme Note 9.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan Realme melalui siri Realme Note ini.