Selangor Berikan Kad SIM Dengan Langganan Data Internet Percuma Selama 12 Bulan – Program Data Internet Selangor

TechnologyDigital
5 Aug 2021 • 12:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Selangor kini berkongsi lanjut berkenaan dengan Program Data Internet Selangor yang telah diumumkan sebelum ini. Melalui perkongsian baru ini, Selangor turut telah membuka permohonan untuknya, membolehkan lebih 70,000 rakyat Selangor menikmati akses internet secara percuma.

Selangor dibawah program ini akan memberikan kad SIM dan juga langganan data internet percuma selama 12 bulan.

image is not available

image is not available

Sebanyak tiga pakej langganan percuma disediakan – iaitu daripada Get Life yang menawarkan data percuma 15GB, Celcom yang menawarkan pakej 15GB, dan juga Unifi Mobile yang menawarkan data 45GB. Kerajaan Selangor menawarkan langganan data internet percuma yang ditanggung sepenuhnya selama 12 bulan, dan pengguna perlu membayar untuk sebarang penggunaan tambahan yang tidak tertakluk dibawah penawaran berkenaan.

image is not available

Kerajaan Selangor menyasarkan sejumlah golongan sasaran untuk menikmati Program Data Internet Selangor ini, termasuk pelajar, pemandu perkhidmatan penghantaran, para belia, peniaga atas-talian, ibu tunggal, dan sebagainya.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran melalui EXCO dan jawatankuasa yang telah disediakan di laman Data Internet Selangor hari ini. Pendaftaran insentif ini akan ditutup pada 15 September 2021 kelak, dan seramai 70,000 rakyat Selangor dijangka menerima kad SIM bermula 1 Oktober 2021 kelak.

Program Data Internet Selangor