Program Vaksinasi Untuk Remaja 12-17 Tahun Akan Diumumkan Minggu Hadapan

TechnologyDigital
13 Aug 2021 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pendaftaran remaja berusia 12-17 dibuka menerusi MySejahtera pada Jun lalu. Bagi golongan ini, pengumuman mengenai bilakan program pemberian vaksin kepada mereka akan diumumkan minggu hadapan. Ini disahkan sendiri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin dalam ciapan beliau pagi ini.

Pada fasa awal keutamaan akan diberikan kepada golongan remaja 12-17 tahun dengan isu komorbid dan berisiko tinggi terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada semua remaja dalam lingkungan usia yang sama. Dengan sekolah akan dibuka semula pada 1 September, pengumuman ini amatlah dinantikan khususnya di kalangan ibu bapa dan penjaga.

Di Amerika Syarikat pembukaan semula sekolah telah menyebabkan berlakunya letusan kes baharu selepas mengalami penurunan ketika cuti musim sekolah. Kes kematian melibatkan tenaga pengajar dan remaja turut telah dilaporkan khususnya di kalangan mereka yang masih belum menerima suntikan vaksin.