GrabFood Perkenal Ciri Penghantaran Yang Diutamakan – Tawar Baucar RM15 Jika Tidak Menemui Penghantar, Atau Lewat

TechnologyDigital
11 Aug 2021 • 8:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GrabFood kini hadir dengan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai “Priority Delivery” atau “Penghantaran Yang Diutamakan”. Melaluinya, penghantaran pembelian makanan kepada anda akan diberikan keutamaan, dan GrabFood menjanjikan beberapa perkara sekiranya gagal memenuhi janji berkenaan.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini, ketika membuat tempahan, pengguna perlu klik pada pilihan “Priority Delivery”. Caj tambahan daripada biasa akan dikenakan, dan seterusnya penghantaran makanan kepada anda akan diberikan keutamaan.

Apa pun, pihak Grab menjanjikan yang mana pengguna akan menerima baucar RM15 untuk GrabFood secara automatik sekiranya tiada penghantar ditemui.

image is not available

Pada masa yang sama, selain daripada itu, sekiranya penghantaran lambat, anda juga akan diberikan baucar. GrabFood mengatakan penghantaran lewat 15 minit akan diberikan baucar R10, sementara penghantaran lewat 30 minit akan diberikan baucar RM15. Penghantaran lewat ini adalah didefinasikan dengan tempoh penghantaran melangkaui tempoh masa yang disasarkan awal oleh sistem ketika membuat tempahan.

image is not available

Ciri baharu ini dilihat telah aktif untuk beberapa pengguna, dan telah boleh digunakan. Bagi anda sendiri, apakah anda gemari ciri baharu ini?