Perkhidmatan Seru-Pandu AirAsia Ride Memulakan Operasi Hari Ini

TechnologyDigitalCars
24 Aug 2021 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia hari ini memulakan perkhidmatan seru pandu kenderaan mereka AirAsia Ride di Lembah Klang. bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, kesemua pemandu mereka telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya.

image is not available

Serentak dengan pelancaran AirAsia Ride, pelanggan boleh menikmati potongan tambang RM3 menggunakan kod AARIDE3 bermula hari ini sehingga 30 September 2021. Kod hanya laku untuk langganan kali pertama sahaja. Perkhidmatan boleh ditembah dengan menekan butang ‘Ride’ di dala aplikasi AirAsia Super App atau layari laman airasia.com/ride. Ia juga akan dikembangkan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia tahun ini.