Z Fold 3 & Flip 3 kalis air, Mi Mix 4 kamera tersembunyi & 8 speaker di Mi Pad 5 | SBM #31

Digital
17 Aug 2021 • 4:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Antara berita yang dikupaskan dalam video minggu ini, Telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold 3 boleh masuk air? Bagaimana kemaskini silang platform WhatsApp berfungsi? Xiaomi Mi Mix 4 ada kamera tersorok di bawah skrin? Dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini

Seorang lelaki dikenali sebagai Brandon Schneider pengsan secara tiba-tiba di tandas hospital dan perkara itu dikesan oleh Apple Watch yang dipakainya. Oleh kerana dia tidak membalas mesej haptik dari Apple Watch itu dalam masa 45 saat, ayahnya kemudian menerima amaran daripada peranti itu dan memanggil kakitangan hospital untuk melihat keadaan anaknya.

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Samsung Galaxy Z Fold 3 & Samsung Galaxy Z Flip 3 

Majlis pelancaran Galaxy Unpacked yang berlangsung mengetengahkan dua model telefon pintar dengan skrin boleh lipat, Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Kedua-duanya menggunakan cip Snapdragon 888 dan kalis air IPx8. Boleh masuk air sedalam 1.5 meter sehingga 30 minit.

Berita penuh di bawah:

  1. Samsung Galaxy Z Fold 3
  2. Samsung Galaxy Z Flip 3
  3. Galaxy Z Fold 3 & Galaxy Z Flip 3 tiada pengecas di dalam kotak

image is not available

3. Pindah data WhatsApp Android & iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung

WhatsApp keluarkan kemaskini silang platform antara peranti iOS dan Android. Pengguna boleh pindahkan sejarah sembang termasuk nota suara, gambar, serta perbualan. Ia boleh digunakan dahulu oleh pengguna Android bermula dengan peranti baru Samsung iaitu Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3.

Berita penuh di sini.

image is not available

4. Galaxy Watch 4 & Watch 4 Classic diumumkan, tampil dengan cip hasilan sendiri Samsung

Samsung umumkan dua jam tangan pintar baharu dalam siri Galaxy Watch iaitu Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic. Kedua-duanya menggunakan cip Exynos W920 hasilan sendiri Samsung.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

5. Siri Magic 3 adalah telefon termahal Honor dengan kuasa terhebat Snapdragon 888+ & zum kamera 100x

Honor perkenalkan telefon pintar siri Magic 3 dengan 3 model tersedia, iaitu Magic 3, Magic 3 Pro dan Magic 3 Pro+. Semua mode dikuasakan oleh cip Snapdragon 888+ yang lebih berkuasa daripada cip Snapdragon 888.

Spesifikasi penuh di sini.

image is not available

6. Mi Mix 4 dilancarkan dengan 2 teknologi unik yang perlu anda tahu

Keluarga Mix kini ada ahli baharu, Xiaomi Mi Mix 4. Ia diperkasa Snapdragon 888. Menariknya, ia menggunakan teknologi Camera Under Panel (CUP) untuk kamera hadapan. Baterinya 4,500mAh, menyokong pengecasan 120W. Dalam mode boost, ia boleh dicas penuh dalam masa 15 minit saja. 

Spesifikasi lanjut di sini

image is not available

7. Mi Pad 5 & Mi Pad 5 Pro tiba sebagai tablet Android paling berkuasa

Xiaomi lancarkan siri Mi Pad 5 di China dengan dua model diperkenalkan iaitu Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro. Xiaomi turut mengumumkan sistem operasi MIUI For Pad. Ia dioptimasikan untuk penggunaan skrin besar tablet dan memberi pengalaman seperti komputer.

Spesifikasinya di sini.

image is not available

The post Z Fold 3 & Flip 3 kalis air, Mi Mix 4 kamera tersembunyi & 8 speaker di Mi Pad 5 | SBM #31 appeared first on SoyaCincau.com.