Honor Magic3 Menjadi Peranti Pertama Dengan Ciri IMAX Enhanced

TechnologyDigital
10 Aug 2021 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Honor3 akan dilancarkan pada 12 Ogos ini dengan peranti dipercayai akan menggunakan cip terkini Snapdragon 888+. Pelbagai imej acah yang dikongsi setakat ini memperlihatkan kemampuan kamera yang lebih baik dari peranti lain serta rekaan bonggol kamera yang bulat.

image is not available

Kini sebuah lagi imej acah rasmi telah dikongsi oleh Honor yang mengesahkan ia telefon pintar pertama yang melepas piawai IMAX Enhanced. Menerusi piawaian ini, peranti boleh memaparkan kandungan 4K HDR dengan tepat seperti sebuah panggung wayang IMAX dan audio yang melepas piawaian DTS audio. Selama ini IMAX Enhanced hanya ditawarkan pada televisyen pintar, sistem audio dan projektor sahaja.

Dengan Honor ingin kembali menjadi antara pengeluar peranti terbesar, ini ialah ciri unik yang masih belum ditawarkan mana-mana pesaing lain.