Google Pixel 5A 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 765G, IP67 dan Skrin 60Hz

TechnologyDigital
18 Aug 2021 • 12:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 5A 5G dilancarkan sebentar tadi sebagai pengganti kepada Googe Pixel 4A 5G. Walaupun ia sebuah peranti baharu, dari segi spesifikasi ia tidak banyak berbeza dengan Pixel 4A 5G.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin 6.34″ OLED FHD+ yang sekadar menyokong kadar segar semula 60hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 765G yang sama seperti tahun lalu, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri lebih besar 4680 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

image is not available

Kamera utama juga masih lagi 12.2MP sudut lebar dengan sensor 16MP ultra lebar dan kamera swafoto 8MP. Peranti juga hadir dengan bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di belakang dan kemampuan kali air IP67. Satu lagi perkara yang menarik dilakukan Google ialah harga jualan Pixel 5A 5G adalah lebih murah $449 (~RM1902) sebuah berbanding harga jualan Pixel 4a 5G tahun lalu.