7 Langkah Mudah Guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 Di Rumah

Health & Fitness
11 Aug 2021 • 8:37 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Berita baik buat rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meluluskan lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah. 

Pastinya ada di antara kita tidak senang duduk jika dilabel kontak rapat, sama ada dengan pergi ke lokasi berisiko atau berjumpa penghidap positif COVID-19 secara tidak sengaja kerana virus ini sudah pun menular dalam kalangan komuniti.

Mujurlah kit ujian kendiri COVID-19 sudah boleh dibeli di mana-mana farmasi berhampiran. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan kegusaran dan kekhuatiran kita.

Namun, tidak ramai yang mengetahui cara-cara menggunakan kit ujian kendiri COVID-19. Kami sarankan untuk anda mencuba Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit kerana ia lebih mudah dengan hanya menggunakan medium air liur sebagai penentu keputusan. 

Berharga RM39.00 sekotak, anda boleh membeli kit ujian kendiri ini di farmasi atau klinik kesihatan berhampiran. Ringkas dan pantas, berikut kami titipkan cara-cara penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 yang boleh anda lakukan sendiri di rumah:

image is not available

LANGKAH #1

  • Gosok gigi atau berkumur 30 minit sebelum mencuba ujian
  • Pastikan kelengkapan kit lengkap dengan lima item termasuk kertas panduan
  • Item itu merangkumi corong (funnel), bekas (reagent container), penutup bekas (container cap) dan kit ujian (test kit)

image is not available

LANGKAH #2

  • Buka bekas 
  • Hati-hati supaya tidak tertumpah larutan sedia ada di dalam bekas
  • Kemudian sambungkan corong 

image is not available

LANGKAH #3

  • Dengan berhati-hati, ludah air liur memenuhi ¼ bekas
  • Kemudian buka corong dan sambungkan pula penutup bekas

image is not available

LANGKAH #4

  • Tekan bekas sebanyak 20 kali
  • Goncang bekas sebanyak 20 kali
  • Gunakan jari untuk membuat lubang tersedia di kotak
  • Letakkan bekas itu tadi di dalam lubang tersebut

image is not available

LANGKAH #5

  • Buka plastik kit ujian kendiri dengan berhati-hati
  • Pastikan tiada sebarang kerosakan kit
  • Pastikan kit bersih tanpa sebarang cela

image is not available

LANGKAH #6

  • Titiskan tiga ke lima titisan ke dalam bulatan bahagian bawah kit
  • Tunggu keputusan dalam 15 minit

image is not available

LANGKAH #7

  • Periksa keputusan kit ujian di kertas panduan
  • Jika dua garis (C+T) bermakna positif, manakala satu garis (C) sahaja bermakna negatif
  • Jika tiada garis langsung atau terdapat satu garis (T) bermakna tidak sah

image is not available

Setelah selesai dan mendapat keputusan, pastikan anda membungkus semua kelengkapan kit yang sudah digunakan tadi ke dalam plastik sebelum membuangnya ke tong sampah.

Membuat ujian kendiri COVID-19 di rumah sangat mudah. Jadi, apa tunggu lagi? Ambil tahu juga 15 ubat wajib ada di dalam peti kecemasan di rumah bagi bersiap siaga menghadapi #COVID19. - Getaran, 11 Ogos 2021

image is not available

Semua gambar: Azim Rahman