Aplikasi YouTube Kini Memaparkan Chapters dan Thumbnail Bergerak

TechnologyDigital
18 Aug 2021 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri meletakkan Chapters disokong oleh YouTube sejak tahun lalu untuk memudahkan pengguna melangkau terus ke bab yang ingin ditonton. Kini YouTube mengumumkan Chaptersakan dipaparkan dengan jelas di bawah thumbnail video selepas pengguna melalukan carian pada aplikasi mudah alih. Pengguna kemudian boleh memilih untuk melangkau terus ke bab tertentu terus dari carian berdasarkan thumbnail yang dipaparkan pada Chapters.

image is not available

Turut diperkenalkan ialah thumbnail video bergerak ketika menatal skrin. Sebelum ini ciri ini hanya disokong pada YouTube desktop dan televisyen pintar. Dengan thumbnail video bergerak, pengguna dapat melihat sendiri sama video tersebut benar-benar relevan atau berbaloi untuk ditonton. Kita semua pernah terkena dengan thumbnail yang menarik tetapi kandungan sebenarnya jauh panggang dari api.

image is not available

Akhir sekali terjemahan tajuk video ke bahasa yang ditetapkan oleh pengguna dalam aplikasi juga diaktifkan. Dengan ini kandungan berkualiti dalam bahasa yang tidak difahami pengguna masih boleh ditonton kerana penggunaan sistem sari kata YouTube dan tajuk yang boleh dibaca lebih mudah.