Wakil rakyat Bukit Lanjan cadang Orang Asli divaksin di kawasan terlibat

12 Aug 2021 • 12:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PETALING JAYA, 12 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan mencadangkan supaya pemberian vaksin Covid-19 melibatkan perkampungan Orang Asli dibawa terus ke kawasan penempatan tersebut.

Elizabeth Wong berkata usaha itu dilihat lebih efektif kerana memudahkan golongan daripada kawasan mendapat suntikan pelalian di penempatan yang dekat dengan mereka.

“Aduan diterima Orang Asli berdepan kesukaran dengan sebahagiannya tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang agak jauh dari perkampungan mereka terutama di daerah Petaling walaupun fasiliti disediakan bagus,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melawat program Vaksin Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Desa Temuan Bukit Lanjan di sini semalam.

Pemberian vaksin untuk penduduk Kampung Orang Asli Desa Temuan itu adalah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Beliau berkata program itu memperuntuk lebih 300 dos suntikan vaksin kepada Orang Asli di perkampungan tersebut.

The post Wakil rakyat Bukit Lanjan cadang Orang Asli divaksin di kawasan terlibat appeared first on Selangorkini.