SHAH ALAM, 1 OGOS: Selangor berjaya mencatat kadar pemberian vaksin Covid-19 harian melebihi 150,000 dos pada Jumaat dan semalam.
Dato’ Menteri Besar berkata angka direkodkan adalah satu kejayaan bagi negeri ini dengan peningkatan jumlah pemberian vaksin dan mencapai sasaran ditetapkan pada Julai.
“Pada 30 dan 31 Julai, 159,000 dan 152,000 dos suntikan sehari dicatat, melepasi sasaran untuk Julai sebanyak 135,000 dos sehari.
“Jumlah ini tidak termasuk kadar vaksinasi harian Program Vaksin Selangor (Selvax) iaitu 15,000 dos sehari,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.
Beliau memaklumkan Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan angka tersebut setiap hari.
“Terima kasih kepada semua petugas perubatan dan keselamatan yang terus komited memberi khidmat,” katanya.

The post Selangor lepasi sasaran, catat suntikan vaksin harian lebih 150,000 dos appeared first on Selangorkini.

