Fitbit Charge 5 Tertiris – Memperlihatkan Skrin Berwarna, Sejumlah Sensor Kecergasan Dan Kesihatan

TechnologyDigital
23 Aug 2021 • 8:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fitbit, jenama dibawah Google kini dalam persiapan memperkenalkan gelang tangan pintar terbaru mereka, iaitu Fitbit Charge 5.

Fitbit Charge 5 dilihat akan membawakan perubahan terbesar didalam siri berkenaan, iaitu penggunaan panel berwarna. Disamping itu, video tertiris turut memfokuskan kepada penawaran langganan Fitbit Premium – selain sejumlah sensor yang disertakan bersamanya.

image is not available

Antaranya adalah dalam memantau tekanan yang dialami pengguna, memudahkan pengguna memantau kadar denyutan nadi menggunakan sensor ECG, selain untuk memantau kadar oksigen dalam darah.

image is not available

Dengan ketirisan terbaru ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana Fitbit bakal melancarkan Fitbit Charge 5 ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasminya untuk mengetahui lanjut berkenaan gelang tangan pintar ini.