Sultan Selangor berkenan terima menghadap Naib Canselor UPM baharu

LocalPolitics
20 Aug 2021 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini pada Khamis.

Selangor Royal Office dalam satu kenyataannya memaklumkan, pelantikan Mohd Roslan berkuat kuasa 1 September 2020 sehingga 2023.

"Baginda yang juga Canselor UPM diberi taklimat ringkas mengenai visi dan hala tuju universiti itu khususnya dalam aspek pemerkasaan bidang penyelidikan dan juga sektor pertanian berteknologi tinggi," kata kenyataan itu melalui status dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, turut berangkat pada pertemuan itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.