Labuan beralih ke Fasa Empat PPN

24 Aug 2021 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Labuan menjadi negeri dan wilayah pertama beralih kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan kadar vaksinasi lengkap di wilayah itu telah mencapai imuniti berkelompok iaitu 92.4 peratus daripada populasi dewasa.

"Perkara ini disokong oleh data yang menunjukkan trend kes positif Covid-19 harian di Labuan yang telah menurun kepada satu digit secara konsisten selama 12 hari berturut-turut," katanya.

Menurutnya, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) Labuan kini telah menurun ke angka sifar berbanding 30 peratus pada Julai.

AKAN MENYUSUL