Taman awam di Shah Alam dibuka untuk individu lengkap divaksin

22 Aug 2021 • 3:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 OGOS: Semua taman awam di bandar raya ini dibuka mulai hari ini untuk orang ramai yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Majlis Bandraya Shah Alam (MBSA) menerusi Facebook memaklumkan bagaimanapun mereka hanya boleh mengunjungi kawasan dibuka mulai 6 pagi hingga 8 malam untuk tujuan bersukan, rekreasi dan riadah mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Berikut adalah SOP bagi aktiviti dinyatakan:
– Mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter di kawasan terbuka termasuk secara separa terbuka
– Aktiviti jigging, senaman, berbasikal, taichi dan semua aktiviti suka kendiri tanpa bersentuhan fizikal serta bukan berkumpulan dibenarkan
– Penggunaan alatan mainan kanak-kanak, alatan senaman gim luar (outdoor gym) tidak dibenarkan
– Berkelah, berkhemah dan berkumpul tidak dibenarkan
– Menjamu selera (dine-in) di kafe dibenarkan dengan SOP yang ketat
– Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Musical Fountain, Flying Fox dan Jambatan Gantung Kanopi di Taman Tasik Shah Alam ditutup
– Kehadiran penguunjung hanya di dalam radius 10 kilometer dari kediaman dan jumlah pengunjung 50 peratus berdasarkan keluasan taman rekreasi

MBSA juga menghuraikan maksud telah melengkapkan pengambilan vaksin itu sebagai:
1. Dua dos suntikan – Pfizer, AstraZaneca dan Sinovac selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua
2. Satu dos suntikan – Johnson & Johnson dan CanSino selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan

Sebelum ini, kerajaan menetapkan semua taman awam ditutup untuk sebarang aktiviti ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bermula 1 Jun lalu.

image is not available

 

 

The post Taman awam di Shah Alam dibuka untuk individu lengkap divaksin appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved