Brunei Rekod 55 Kes Baharu, Talian 'Hotline' COVID Ditambah

13 Aug 2021 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kerja-kerja sanitasi dijalankan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit bagi membendung penularan COVID-19. Gambar dirakamkan pada 17 Mac 2020. - Gambar fail AFP

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei merekodkan 55 kes baharu COVID-19 hari ini termasuk satu kes import, menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 598 dengan tiga kematian. Sementara dua kluster baru direkodkan hari ini.

Berikutan kes yang semakin meningkat itu, talian Nasihat Kesihatan telah diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan, dengan sekitar 400 ke 600 panggilan diterima menerusi panggilan manakala 5,000 ke 6,000 lagi melalui WhatsApp, pada setiap hari.

Ia didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Setia Dr Haji Mohd Isham Jaafar yesterday,  sebagai maklum balas daripada rungutan orang ramai yang mandakwa kakitangan kementerian itu tidak menjawab panggilan telefon.

''Talian 148 hotline dibanjiri dengan panggilan sejak tiga ke empat hari lalu. Kami mempunyai 7 talian, yang mana ia tidak cukup. Dua hari lepas, panggilan diterima sepanjang masa. Apabila telefon digunakan, panggilan anda tidak boleh dijawab.

''Tapi kami telah menambah 20 talian, dengan lebih ramai orang akan mengendalikannya dalam masa beberapa hari ini,'' katanya seperti yang dilaporkan Borneo Bulletin.

Ditanya mengenai 499 kluster, beliau berkata, ia adalah kluster suami isteri dan kini berada dalam keadaan kritikal, memerlukan intubation. Mereka telah dipindahkan ke hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital. Mereka kritikal, tapi keadaan stabil,'' katanya.

Ditanya sama ada vaksin AstraZeneca mencukupi untuk pengembangan program vaksin, Dr Mohd Isham berkata:

''Pilihan utama kini ialah AstraZeneca. Ia mencukupi, kita ada lebih 100,000 dos tapi kita akan beli vaksin lain tidak lama lagi.'' - Borneo Bulletin