POIS, Selvax beri manfaat kepada industri ekonomi negeri

3 Aug 2021 • 4:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 OGOS: Program Sistem Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) dan Vaksin Selangor (Selvax) yang giat dilaksana ketika ini berjaya memanfaatkan industri ekonomi negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata kedua-dua inisiatif itu juga mampu meminimumkan penularan wabak di tempat kerja selain membantu mengimbangi antara kesihatan dan kehidupan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan POIS yang dilancar sejak awal tahun ini adalah sistem saringan tersusun untuk kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster serta perebakan wabak.

“Syarikat berperanan aktif melaksanakan inisiatif saringan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM),” katanya di Facebook.

Beliau menambah Selvax Industri pula merupakan program penawaran vaksin untuk syarikat yang berminat bagi memastikan imuniti berkelompok dalam kalangan pekerja.

“Majikan akan membeli dos vaksin untuk diberikan kepada pekerja mereka dengan syarat tidak mengenakan kos,” kata Amirudin lagi.

Sehingga kini, POIS disertai lebih 1,500 kilang di negeri ini dengan kilang pengeluar makanan dan minuman terkemuka Nestle, Seksyen 15 antara premis terawal memenuhi komponen sistem berkenaan.

Menerusi Selvax Industri, sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada majikan untuk diagih secara percuma kepada sejuta pekerja.

image is not available

The post POIS, Selvax beri manfaat kepada industri ekonomi negeri appeared first on Selangorkini.