Angka COVID Meningkat Semula Kepada 19,991 Kes Hari Ini

LocalPolitics
10 Aug 2021 • 4:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat semula hari ini apabila mencatat 19,991 kes, setelah tiga hari berturut-turut mencatatkan penurunan.

Semalam Malaysia merekodkan 17,236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,299,767.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 7,338 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (2,374); Kedah (1,830); Sabah (1,383); Johor (1,344); dan Kelantan (1,030).

Perak pula merekodkan 953 kes; Sarawak (836); Pulau Pinang (743); Melaka (578); Negeri Sembilan (564); Pahang (539); Terengganu (378); Putrajaya (76); Perlis (24); dan Labuan (satu). - Bernama