Hampir 300,000 dos vaksin negeri sudah disuntik setakat semalam

16 Aug 2021 • 8:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 OGOS: Sebanyak 296,213 dos vaksin Covid-19 sudah disuntik di bawah program Vaksin Selangor (Selvax) setakat semalam.

Berdasarkan data dikongsi jawatankuasanya Dato’ Teng Chang Kim, sebanyak 160,519 dos diberikan di bawah Selvax Komuniti manakala sebanyak 135,694 dos menerusi Selvax Industri.

Maklumat itu juga menjelaskan seramai 82,304 individu memohon lengkap menerima dua dos vaksin dengan pecahan 21,966 bagi kategori orang ramai manakala 60,338 pekerja industri.

Selangor menyediakan 500,000 dos vaksin menerusi Selvax Komuniti untuk dimanfaatkan 250,000 rakyat negeri ini.

Sebanyak dua juta dos vaksin pula kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

The post Hampir 300,000 dos vaksin negeri sudah disuntik setakat semalam appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved