LZS agih bantuan makanan kepada keluarga asnaf terjejas di Sungai Panjang

3 Aug 2021 • 11:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bakul makanan kepada beberapa keluarga asnaf terkesan di Parit 12 Sungai Panjang dekat sini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan bantuan tersebut diuruskan cawangan Sabak Bernam untuk golongan berkaitan di kariah Masjid Nurul Falah hasil maklumat Penolong Amil Kariah (PAK).

“Kerjasama diberikan oleh PAK memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka memerlukan dengan kadar segera,” katanya.

LZS berterima kasih kepada pembayar zakat dan menjelaskan tanggungjawab dipukul bersama dengan baik bagi memastikan amanah tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya.

The post LZS agih bantuan makanan kepada keluarga asnaf terjejas di Sungai Panjang appeared first on Selangorkini.