“Hujung-Hujung Jual Produk..” Netizen Kecam Aliff Syukri Guna Video Arwah Wani Comel Untuk Tujuan Promosi

21 Aug 2021 • 9:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sekali lagi memperoleh perhatian netizen, Datuk Aliff Syukri telah menimbulkan perasaan kurang senang apabila dia bertindak memuat naik video mempromosikan produk tetapi menggunakan videonya bersama Allahyarham Wani Comel.

image is not available
ARTIKEL BERKAITAN "Sejujurnya Saya Masih Terasa Hati.." Aliff Syukri Maafkan Allahyarham Wani Comel

Video yang pada mulanya memaparkan momen-momen dia bersama Wani Comel ketika hayatnya itu kemudian diakhiri dengan iklan promosi produk perlansingan badan sekaligus mengundang kritikan warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Sehubungan dengan itu, ramai pengikut media sosial usahawan tersebut telah meminta dia untuk memadam video tersebut kerana dirasakan tidak sensitif seperti mengaut keuntungan di atas kesedihan orang lain.

“Dah sedih-sedih lepas tu sempat selit promosi produk..” tulis seorang netizen.

image is not available

Sumber : Google  

Terdahulu, gadis obesiti yang pernah tular sebelum ini berikutan kes arwah bersama Datuk Aliff Syukri yang didakwa telah mengeksploitasi dirinya telah meninggal dunia pada 19 Ogos lalu akibat jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Hujung-Hujung Jual Produk..” Netizen Kecam Aliff Syukri Guna Video Arwah Wani Comel Untuk Tujuan Promosi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.