Xiaomi perkemas cara penamaan produk, tiada lagi siri Mi selepas ini

Digital
24 Aug 2021 • 1:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Kalau anda perasan, Xiaomi Mix 4 yang dilancarkan awal Ogos 2021 lalu tidak lagi mengenakan frasa "MI" dalam namanya. Ia bukanlah kebetulan sebaliknya adalah proses Xiaomi memperhalusi tatacara penamaan produk mereka.

image is not available
Xiaomi Mix 4

image is not available
Xiaomi Pad 5

Frasa "Mi" pada awalnya ditujukan pada barisan telefon sebelum syarikat ini mula menghasilkan subsiri lain seperti Redmi dan POCO. Tambahan pula, "Mi" lebih senang disebut berbanding "Xiaomi" oleh penutur di luar China.

Selepas 10 tahun telefon Mi pertama diperkenalkan, menyebut Xiaomi dan Mi sekaligus didengari seperti repetitif. Itu belum lagi mengambil kira "Xiaomi Redmi".

Makanya, bermula dengan Mix 4, tiada lagi siri Mi akan diumumkan. Hal ini bermakna, pengganti kepada Mi 11 selepas ini berkemungkinan besar akan dinamakan Xiaomi 12 sahaja.

Tidak terhad di telefon, tatacara penamaan ini turut akan melibatkan produk seperti TV dan kelengkapan rumah keluaran syarikat itu.

Sumber: XDA Developer

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved