Logitech G335 fon kepala sangat ringan dilengkapi dwi mikrofon lipat

Digital
5 Aug 2021 • 5:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Peminat permainan video di komputer pasti mengenali nama Logitech G. Kini mereka telah melancarkan sebuah fon kepala gaming berwayar baharu, Logitech G355 dengan reka bentuk langsing dan ringan.

Ada dua warna dihasilkan untuk Logitech G335 ini iaitu hitam dan putih. Beratnya hanya 240 gram, menjadikannya salah satu fon kepala gaming paling ringan di pasaran.

image is not available

Rekaannya mirip fon kepala wayarles Logitech G733, dengan ukuran kepala lebih kecil dan selesa. Cekak kepalanya dengan suspensi memberikan cengkaman agar tidak mudah jatuh, serta rekaan telinga dengan “memory foam ear cups” menggunakan kain lembut memberi keselesaan semasa bermain untuk jangka masa yang lama.

Menggunakan fon kepala Logitech G335 sangat mudah kerana ia hanya perlu dicucuk ke jek audio 3.5mm yang terdapat di kebanyakan peranti permainan, serta komputer. Ia turut dilengkapi dwi mikrofon yang boleh dilipat untuk dimatikan sendiri, memberikan pengalaman bermain yang lancar dan tidak terganggu.

Pengguna Discord juga boleh berkomunikasi menggunakan Logitech G335 dengan sempurna, kerana ia diiktiraf untuk kegunaan Discrod.

Fon kepala gaming berwayar Logitech G335 telah sedia dijual di Malaysia dengan harga RM269. Ia boleh dibeli daripada semua penjual sah Logitech dan stor rasmi Logitech di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Logitech G335.

image is not available

The post Logitech G335 fon kepala sangat ringan dilengkapi dwi mikrofon lipat appeared first on SoyaCincau.com.