SKMM melalui satu siaran akhbar ada memberitahu yang telco seperti Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile, dan YTL sedang mengadakan promosi Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.


Ia bertujuan memeri peluang kepada rakayt Malaysiua memiliki ataupun menaik taraf peranti mudah alih mereka kepada yang menyokong 4G dan VoLTE pada harga RM1. Anda boleh tebusnya sekarang hingga 16 September 2021.
Berikut adalah senarai peranti RM0.99 yang ditawarkan U Mobile di bawah inisiatif itu.
- Oppo A15s
- Oppo A54
- Oppo Reno5 F
- Samsung Galaxy A12
- Samsung Galaxy A32
- Samsung Galaxy A51
- Vivo Y1s

Anda boleh dapatkan mana-mana model telefon di atas pada harga RM0.99 dengan syarat, anda perlu ambil salah satu daripada 4 tawaran pascabayar berikut:
- GX68 RM68/bulan
- P79 RM79/bulan
- P99 RM99/bulan
- P139 RM139/bulan


Seperti biasa, akan ada bayaran tambahan bila anda lakukan pendaftaran. Antara yang menanti ialah bayaran deposit 1 bulan yang akan dipulangkan bila kontrak anda habis dan pendahuluan bergantung kepada pelan yang dipilih. Amaun ini akan dikreditkan semula kepada anda sepanjang 24 bulan secara sama rata dalam bentuk rebat bulanan.
- GX68 – RM336 (RM14 x 24 bulan)
- P79 RM480 (RM20 x 24 bulan)
- P99 RM720 (RM30 x 24 bulan)
- P139 – RM1056 (RM44 x 24 bulan)
Beza dengan Jaringan Prihatin
Tawaran ini lebih baik daripada yang dibawah Jaringan Prihatin Rakyat kerana ia tidak mengira anda berada dalam golongan B40, M40, ataupun T20 untuk mengambilnya. Sesiapa sahaja boleh mendapatkannya tanpa masalah.
Jaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan U Mobile
Cumanya untuk golongan yang aliran tunainya agak terhad, kontrak 24 bulan yang dikenakan ke atas promo ini agak bahaya. Memang anda boleh menamatkan kontrak pada bila-bila masa, namun bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan sekiranya ada.
Ataupun, andainya anda penerima manfaat pengecualian bayaran pendahuluan, anda perlu membayar baki bayaran pendahuluan yang masih ada kepada U Mobile sewaktu penamatan kontrak.
Sumber: U Mobile
The post U Mobile: Senarai 7 peranti RM0.99 yang ditawarkan dibawah Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin appeared first on SoyaCincau.com.

