Reddit Kini Bernilai Melangkaui $10 Bilion

TechnologyDigital
12 Aug 2021 • 10:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Reddit merupakan salah satu laman yang berbentuk forum dan mempunyai komuniti pengguna agak aktif membincangkan pelbagai topik. Telah diasaskan pada 2005 yang lepas, kini Reddit telah pun mencapai nilai syarikat $10 bilion, iaitu sekitar RM42 bilion.

image is not available

Nilai baru ini dicapai berasaskan kepada suntikan dana terbaru oleh Reddit berjumlah $410 juta untuk terus mengukuhkan kedudukannya.

Reddit pada hari ini menjana pendapatan utama mereka melalui pengiklanan. Pada suku kedua 2021 sahaja, Reddit dilihat telah menjana $100 juta dari segi pendapatan melalui pengiklanan.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Reddit akan terus berkembang sihat dalam mengukuhkan lagi komuniti Reddit seluruh dunia, dan apakah antara ciri baharu yang akan disertakan oleh laman berkenaan kelak.